OFFSTONE | JUNE 2026 EDITION
23 sahaja boleh mengakibatkan individu mengalami kekeliruan dalam pemilihan dan merencat kecerdasan emosi dan rohani. Pembangunan Sahsiah Peribadi Mahasiswa Menerusi Komunikasi VBE Mahasiswa pengajian tinggi sewajarnya menyertai dasar ilmu asas kajian dalam bentuk penentuan keputusan, pelaporan dan penulisan akademik selain menguasai cabang pengetahuan bidang masing-masing secara teori mahupun praktikal berdasarkan kurikulum hasil pembelajaran. Indikasi dan rubrik yang menggunakan pendekatan ajaran Islam perlu selaras dengan perkembangan era digital semasa dan ia sewajarnya dapat membentuk pengetahuan dan kemahiran di samping memupuk kecintaan terhadap bakti di dunia dan mengejar ganjaran di akhirat. Namun demikian, cabaran tujuan dan kegunaan medium pelaksanaan tugasan pembelajaran mahasiswa seperti kemudahan kenderaan, komputer atau peranti mungkin boleh beralih ke arah penyalahgunaan yang menyumbang kepada gejala sosial yang tidak sihat seperti meluangkan lebih banyak masa untuk hiburan media sosial, tabiat melepak, perlumbaan haram, permainan video, tontonan cerita dan lain-lain. Perkara seperti ini akan merencatkan proses pembangunan mahasiswa. Tanpa dorongan, bimbingan dan pemerhatian yang teliti, mungkin boleh menyebabkan mahasiswa menghadapi kecelaruan identity, personaliti dan peribadi, malah mudah terpengaruh dengan ancaman unsur negatif. Perkara ini harus ditangani bagi memastikan generasi muda terpelihara dan mampu memacu kemajuan negara pada masa akan datang. Selari dengan isu kajian, beberapa cadangan menerusi komunikasi berteraskan ajaran Islam mungkin boleh dibahaskan dari peringkat dasar sehingga kepada pembentukan polisi di peringkat tertinggi. Contohnya, para pengkaji melakukan penelitian terhadap gaya komunikasi Nabi Muhammad S.A.W., sama ada menerusi al-Quran dan Hadis, yang menjurus ke arah Pendidikan Berteraskan Nilai (VBE). Manakala para perwakilan pelajar dan kakitangan pentadbiran institusi pengajian tinggi boleh meningkatkan penggunaan pelbagai komunikasi di pelbagai biro, unit, jabatan, pentadbiran mahupun pengurusan fakulti menerusi media yang tersedia secara maksimum demi memastikan mahasiswa dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam di era globalisasi ini yang penuh cabaran. Antara amalan komunikasi yang sesuai ialah menambah atau mewujudkan program yang berteraskan ajaran Islam dalam bentuk komunikasi di peringkat subjek kokurikulum, pendedahan bidang komunikasi, latihan lapangan, siaran pengisian cerita, berita, info terkini, silibus pendidikan dan pengiklanan menerusi medium akhbar, podcast , media sosial dan laman sesawang. Strategi komunikasi berteraskan ajaran Islam perlu dititikberatkan dan direncana rapi untuk kestabilan perhubungan dan pembentukan identiti mahasiswa demi penjenamaan institusi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=