OFFSTONE | JUNE 2026 EDITION

24 Perkara ini adalah termasuk pengurusan keperluan infrastruktur, fasilti, kelengkapan dan kemudahan dalaman universitii. Penambahan infrastruktur medium paparan seperti skrin elektronik gergasi di kawasan yang sesuai mungkin boleh dipertimbangkan supaya dapat membantu pembentukan suasana baharu selain menyampaikan komunikasi yang lebih efektif dan efisyen. Proses pembelajaran di bilik kuliah mungkin boleh diiriingi dengan penambahan bahan rujukan kepada penuntut berbentuk rakaman video yang diacu dan dibentuk sendiri oleh golongan warga pendidik. Perkongsian nilai pengalaman gaya hidup yang berdisiplin, berdedikasi oleh para pensyarah juga dapat menyumbang kepada khidmat masyarakat menerusi kepakaran masing-masing sehingga mampu membawa mahasiswa menerokai demi meningkatkan kecerdasan emosi dan rohani, seterusnya membentuk sahsiah peribadi yang lestari menerusi media komunikasi selaras dengan pendidikan berteraskan penilaian. Pendekatan komunikasi secara langsung di luar bilik kuliah juga mungkin boleh disediakan menerusi program-program tertentu seperti bicara perkongsian isu peribadi, isu kampus, pemahaman agama dan motivasi. Penambahan ruang atau peluang kepada mahasiswa untuk menyertai program belia, keusahawanan atau khidmat masyarakat yang dapat menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan ( Sustainable Development Goals atau SDG 2030). Selain penghargaan prestasi akademik akhir diberikan menerusi majlis konvokesyen, penghargaan prestasi syahsiah peribadi juga boleh dianjurkan dalam bentuk majlis keraian berskala kecil di universiti bersama ahli keluarga mahasiswa. Secara tidak langsung, ia mungkin dapat memberi suntikan semangat kepada mahasiswa untuk meneruskan perjuangan dalam pengajian. Penutup Kesimpulannya, pembentukan modal insan perlu diusahakan dengan lebih rapi menerusi gaya komunikasi Islam mengikut era digital semasa berteraskan nilai tambahan demi meningkatkan kualiti peribadi dan sahsiah mahasiswa yang cemerlang dari sudut intelektual, emosi dan rohani. Mutu perkhidmatan dan pelaksanaan komunikasi di institusi pengajian tinggi juga boleh diperluaskan dan dipertingkatkan menerusi dasar Pendidikan Berteraskan Nilai (VBE). Rencana komunikasi seperti ini bukan sahaja dapat membantu para mahasiswa membentuk sahsiah peribadi yang gemilang, malah mampu meningkatkan kualiti penjenamaan institusi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=