OFFSTONE | JUNE 2026 EDITION
22 PEMBANGUNAN SAHSIAH PERIBADI MAHASISWA MENERUSI KOMUNIKASI DAN PENDIDIKAN BERASASKAN NILAI ( VALUE-BASED EDUCATION ) Oleh: Muhammad Zarihi Nubhan bin Abdul Rahman & Prof. Madya Dr. Norhayati Rafida binti Abdul Rahim 4251020@raudhah.usim.edu.my Penulis pertama ialah calon Doktor Falsafah Komunikasi di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Minat penyelidikannya termasuk rundingan, media, penyiaran dan tingkah laku pembelian. ABSTRACT Communication functions as a socio-psychological medium that profoundly influences cognitive development, shapes individual judgments, and determines social roles. This process is intricately linked to value-based education (VBE). Although diverse perspectives naturally emerge through peer interactions, this study focuses on investigating the foundational sources, practical applications, and broader implications of interpersonal communication dynamics within the current student population. Pengenalan Pembelajaran bagi para penuntut di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) pada masa kini penuh dengan cabaran, terutamanya dalam membentuk sahsiah peribadi yang cemerlang dan berkualiti. Antara cabaran besar bagi mereka ialah menghadapi pelbagai ragam bentuk komunikasi yang mengalami peredaran teknologi media baharu yang terus pesat membangun. Bermula dari informasi yang dihadapi secara langsung, massa, dan media sosial, capaian kecerdasan buatan menyebabkan para mahasiswa perlu mengambil masa yang lebih lama untuk menilai dan menaakul pilihan informasi yang tepat serta sesuai dengan diri mereka sendiri. Faktor penambahan sumber informasi yang semakin meluas mungkin
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=