OFFSTONE | JUNE 2026 EDITION
11 Rentetan itu, peranan perhubungan awam memainkan peranan penting bagi memastikan komunikasi antara organisasi dan pengguna dilaksanakan secara profesional dan berkesan. Pembentukan Penjenamaan Produk Islam Menerusi Perhubungan Awam di Media Sosial Penjenamaan merupakan corak penerapan, pelaksanaan, dan amalan identiti, bertujuan membentuk nilai teras reputasi sesebuah organisasi terhadap khalayak yang membentuk kecenderungan naluri kebersamaan. Manakala jenama pula merangkumi elemen nyata sebagai lambang atau tanda kognisi secara visual mahupun audio bagi organisasi, seperti logo, slogan, lagu dan tipografi, serta mengandungi elemen abstrak hubungan penyertaan bersama pengguna seperti sentuhan nurani yang membentuk persepsi, emosi, gaya hidup dan keyakinan pengguna. Sedangkan penggunaan elemen agama dalam penjenamaan merupakan fungsi sosial terhadap khalayak. Ia melibatkan pelbagai konsep dan konteks dalam pembentukan penjenamaan yang kompleks berdasarkan ajaran Islam. Oleh itu, pengamal perhubungan awam perlu jelas ke atas entiti dan identiti sesebuah produk Islam dan kepenggunaan elemen agama yang wajar dipilih. Ia memerlukan penglibatan ahli pakar dalam bidang agama Islam yang memahami konteks penjenamaan bagi memastikan organisasi sosial dapat dibentuk dengan pengguna tanpa mencetus sebarang isu negatif. Perhubungan awam adalah unit strategik dan kritikal yang bertanggungjawab dalam mencorakkan persepsi positif masyarakat menerusi penjenamaan. Fungsi perhubungan awam sangat penting dalam menyusun strategi demi merealisasikan penjenamaan dan menjaga reputasi sehingga mengangkat penjenamaan. Ia diamalkan samada menerusi tradisional atau konvensional, penyertaan atas talian jalur lebar, dan juga media baharu. Walaupun ruang dan peluang penggunaan agama dalam penjenamaan semakin terbentang luas menerusi media baharu, ia juga berhadapan dengan pelbagai risiko dan cabaran yang membabitkan sentimen agama pengguna. Kumpulan pengurusan perlu memberi kerjasama mengikut perancangan strategi pengamal perhubungan awam mendalami dan menyesuaikan dengan ekosistem media sosial interaktif, kompleks dan dinamik. Keupayaan pengamal perhubungan awam untuk menyalurkan naratif yang profesional membolehkan sesebuah jenama atau penjenamaan dilihat bukan sekadar entiti komersial, tetapi sebagai organisasi sosial yang disertai khalayak. Kemudahan media sosial membolehkan pengamal perhubungan awam mengambil tindakan yang pantas atau proaktif apabila terjadinya krisis dalam penjenamaan. Melalui pemantauan sentimen pengguna secara real-time , sebarang isu atau maklum balas negatif
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=