OFFSTONE | JUNE 2026 EDITION
12 dapat ditangani dengan segera bagi mengelakkan kerosakan reputasi yang lebih serius. Proses pengumpulan maklum balas pelanggan secara langsung ini juga menjadi data empirikal yang berharga bagi pihak organisasi untuk melakukan penambahbaikan mutu produk Islam atau perkhidmatan secara berterusan. Oleh itu, fungsi perhubungan awam melalui media sosial bertujuan menukarkan penonton pasif kepada penyokong setia jenama ( brand advocates ), yang akhirnya meningkatkan nilai jenama itu sendiri di pasaran global. Integrasi penggunaan media sosial dalam strategi penggunaan agama dalam penjenamaan telah mengubah paradigma komunikasi daripada bersifat sehala (tradisional) kepada interaksi dinamik dua hala yang mencabar. Media sosial berfungsi sebagai pemangkin yang memperkukuh nilai jenama produk Islam melalui platform seperti YouTube , Facebook , Instagram , TikTok , dan X . Kegunaan platform ini bertujuan menyampaikan naratif organisasi secara real-time membolehkan nilai-nilai organisasi diterjemahkan ke dalam bentuk kandungan kreatif bagi mencapai sasaran pasaran. Melalui medium ini, hubungan interaksi antara jenama dan pengguna berlaku secara konsisten dan telus, ia secara langsung akan meningkatkan tahap kepercayaan jenama ( brand trust ) dan kesetiaan jenama ( brand loyalty ). Namun demikian, amalan penggunaan agama dalam penjenamaan menerusi media sosial perlu diteliti dengan lebih mendalam dan berhati-hati. Justeru, keberkesanan penjenamaan di media sosial bergantung pada kemampuan pengurusan dan perhubungan awam organisasi dalam menyelaraskan identiti visual jenama dengan kualiti interaksi yang bernilai bagi mewujudkan kesetiaan pelanggan. Pihak pengurusan organisasi bertanggungjawab mengukuhkan integriti jenama dengan saluran kandungan yang sahih, beretika, dan bebas daripada unsur penipuan bagi menjamin kepercayaan jangka panjang pengguna. Selain mengutamakan kesantunan bahasa dalam interaksi profesional, pengamal perhubungan awam perlu menasihati organisasi agar menetapkan piawaian perlindungan data peribadi pengguna yang ketat serta memastikan ketelusan dalam kerjasama bersama pihak ketiga seperti pempengaruh ( influencer ) atau pencipta kandungan di media sosial. Pendekatan lestari berpaksikan kesedaran tanggungjawab sosial bukan sahaja memelihara reputasi jenama dan organisasinya daripada krisis digital, malah sebagai entiti penjenamaan yang unggul di pasaran. Pada sisi pencipta kandungan di media sosial, kemahiran media digital menjadi teras dalam membina persekitaran siber yang sihat melalui pengesahan fakta yang teliti sebelum sebarang maklumat disebarkan. Pencipta kandungan juga harus mengamalkan etika komunikasi bagi mengelakkan provokasi atau penyebaran unsur negatif yang tidak berasas terhadap sesebuah jenama. Melalui tindakan secara matang dan melindungi privasi kendiri
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=