OFFSTONE | JUNE 2026 EDITION

10 PENINGKATAN MUTU JENAMA PRODUK ISLAM MENERUSI PERHUBUNGAN AWAM DI MEDIA SOSIAL Oleh: Muhammad Nor Afiq bin Borhan, Muhammad Zarihi Nubhan bin Abdul Rahman & Prof. Madya Dr. Norhayati Rafida binti Abdul Rahim afiqyeop@raudah.usim.edu.my Penulis pertama merupakan calon Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Multimedia, Fakulti Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Minat kajian beliau adalah pengajian islam dan media. ABSTRACT This article examines how strategic public relations practices strengthen brand trust, promote ethical branding, and support sustainable engagement among digital consumers. It highlights social media’s role in enhancing public relations communication, organizational credibility, and public trust. The article also explores current digital branding trends and provides practical guidelines for organizations and social media users to encourage ethical, responsible, and effective platform use. Pengenalan Kemajuan teknologi digital telah membawa perubahan yang ketara dalam dunia penjenamaan. Kini, media sosial dijadikan platfom utama dalam membentuk mutu jenama dan penjenamaan. Menerusi proses penjenamaan, produk Islam kian mendapat sambutan secara global dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar bangsa, kaum dan agama. Namun demikian, produk Islam amat berkait rapat dengan penggunaan agama dalam penjenamaan. Ia melibatkan usaha penelitian yang tinggi demi menjaga kesucian agama terhindar dari penyalahgunaan yang mungkin boleh memberi implikasi negatif secara meluas.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=