e-Risalah USIM - Edisi April 2022

MAC 2022 3 | Maybank Islamic Berhad Taja RM500,000 untuk Program Latihan Bakery kepada Pelajar Asnaf USIM perkongsian ilmu akan berlaku dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menjadi rujukan umum”. “Apabila kita merujuk kepada artikel “Adaptation from Prosumerism Idea in Conceptualizing the Benefidonors Concepts” yang menjelaskan Concept of Benefidonor yang diinspirasikan melalui Concept of Prosumers, ia boleh dikaitkan juga dengan manfaat sumbangan atau wakaf buku seterusnya memberi impak besar kepada masyarakat, khususnya warga USIM sesuai dengan konsep Donate More, Use More, Share More”, jelas beliau lagi. Selain sudut buku, satu projek penerbitan juga sedang giat dijalankan dan akan selesai dalam masa terdekat kerjasama antara Penerbit dan juga pihak penulis kedua-dua institusi. Bagi pihak Penerbit USIM sendiri, hasrat untuk meneruskan sumbangan buku ini akan dilaksanakan secara berterusan kepada Perpustakaan UNISSA pada setiap tahun. Hadir sama ke majlis pelancaran tersebut termasuklah Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, Puan Norhasinah Binti Haji Moksin, Ketua Perpustakaan UNISSA serta wakil Pengurusan USIM. S elari dengan gagasan yang dibawa universiti untuk melahirkan prosumer muslim yang berjaya dalam aspek keusahawanan, USIM melancarkan Program Inkubator Bakeri dan Kafe: Genba Bakery & Program Prosumerisme: Latihan Bakeri Asnaf USIM – Maybank Islamic Berhad (MIB). Program yang diterajui di bawah Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) ini telah membangunkan kafe pertama di kampus yang dinamakan Genba Bakery, bertempat di Pusat Keusahawanan Pelajar ( Student Mall ). Perasmian Genba Bakery ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Menurut Naib Canselor Prof Dato’ Dr Mohamed Ridza Wahiddin, seramai 80 orang pelajar asnaf di USIM daripada pelbagai fakulti telah mengikuti dan berjaya melengkapkan 5 modul secara teori dan praktikal secara intensif dan mereka kini aktif membuat jualan sempena perayaan Aidilfitri dengan menjual pelbagai jenis kuih raya seperti tart nenas, ferrero rocher cookies dan biscoff butter cookies. “Genba Bakery memulakan operasi pertama dengan menganjurkan latihan bakeri yang dikenali sebagai Program Prosumerisme: Latihan Bakeri Asnaf USIM-MIB: Genba Bakers yang mendapat tajaan dana zakat berjumlah RM500,000 daripada Maybank Islamic Berhad selain turut mendapat kerjasama daripada Pusat Wakaf dan Zakat USIM”, ujarnya. Dalam majlis yang sama, turut diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama para peserta dan pengurusan MIB, yang mana Program Prosumerisme: Latihan Bakeri Asnaf USIM – Maybank Islamic Berhad (MIB) dirasmikan oleh Encik Nor Sharizan Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad. https://bit.ly/3PE3tT1 Jom Tonton SALAMUSIM- MajlisPerasmianGenba BakeryUSIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=