e-Risalah USIM - Edisi April 2022

MAC 2022 4 | DYMMTuanku Canselor Rasmi Bangunan FPSK M ajlis perasmian bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor USIM bertempat di Auditorium FPSK yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Datuk Sri Dr. Noraini Ahmad. Projek pembinaan bangunan FPSK USIM yang terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan ini bermula pada tahun 2017 di atas tanah berkeluasan 62 ekar. Selepas 18 tahun fakulti ini beroperasi di Menara B, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, Kuala Lumpur sejak ditubuhkan pada tahun 2005, bangunan baharu fakulti ini telah memulakan operasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2020 yang lalu. Sehingga kini, sebanyak 12 kohort graduan perubatan telah berjaya dikeluarkan dan terus-menerus menaburkan khidmat bakti serta kepakaran mereka kepada masyarakat. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, projek ini diharapkan menjadi ‘pembuka jalan’ kepada pembinaan bangunan Fakulti Pergigian dan Hospital Pengajar USIM bagi melengkapkan pembangunan Kompleks Kesihatan USIM. “Harapan USIM agar projek Hospital Pengajar USIM dan bangunan baharu Fakulti Pergigian dapat direalisasikan untuk memenuhi maslahat masyarakat khususnya di Negeri Sembilan dan ummah”, jelas beliau lagi. https://bit.ly/3MNPatg Jom Tonton MajlisPerasmian BangunanFPSK

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=