e-Risalah USIM - Edisi April 2022

Penaung: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor KetuaEditor: Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) SidangEditor: En. Mohd Zaini Othman Pn. Nor Fadzlina Azahari Pn. Noorumaina Mohamed Yunus En. Mohd Badrul HishamZakaria Pn. Saraina Kassim Konsep& Rekabentuk: Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi: En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus MAC 2022 2 | Sudut dan Koleksi Buku USIM Kini di Brunei U niversiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam telah melancarkan Sudut Buku USIM di Perpustakaan UNISSA yang juga turut menyaksikan sejumlah koleksi buku UNISSA turut ditempatkan di Perpustakaan USIM sebagai timbal balik. Program pertukaran buku antara USIM dan UNISSA ini pada awalnya digerakkan oleh pihak Penerbit USIM dengan langkah awal bermula apabila Penerbit USIM bertindak menghubungi Penerbit UNISSA bagi menyampaikan hasrat untuk memberikan sumbangan buku-buku terbitan USIM. Berikutan hasrat tersebut, maka Penerbit UNISSA juga berhasrat memberikan sumbangan buku kepada Perpustakaan USIM. Objektif utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkayakan koleksi perpustakaan yang akan memberikan nilai tambah kepada pembudayaan intelektual, kesarjanaan dan penyebaran ilmu di institusi masing- masing. Selain itu, program ini juga boleh membuka peluang kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang, terutamanya berkaitan penerbitan dan penyelidikan. Program pertukaran buku USIM- UNISSA ini jelas menyokong kepada pembangunan koleksi perpustakaan dalam konsep Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (iNaQ) USIM. Buku-buku yang diterima adalah bertepatan dengan program di USIM, seperti bidang Islam, Fatwa, Ekonomi dan sebagainya. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, “Kita dapat menghayati konsep prosumerisme dalam konteks sumbangan atau waqaf buku. Buku-buku yang diterima daripada para penyumbang bukan sahaja untuk dirujuk dan diguna pakai, malah ilmu-ilmu yang diperoleh melalui buku-buku yang dirujuk ilmunya akan disebarluaskan dan Campus News

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=