Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
Yusof bin Hj Ahmad, mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (Mohammad Haji Alias, 2025). Jawapan kepada soalan pertama bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran dan bahasa hadis- hadis dari Rasulullah SAW. Dalam perkataan lain, Bahasa Arab adalah bahasa agama yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Kemahiran dalam Bahasa Arab membolehkan seseorang untuk lebihmemahami Al-Quran dan As-Sunnah. Kepada soalan kedua, memahami dan menghafal kaedah nahu dan sorof, banyak membaca dan mengguna bahasa ini dalam penulisan dan perbualan. Untuk lebih memahami teks dan menulis dengan baik dalam Bahasa Arab, kaedah nahu dan sorof penting sekali. Saya yakin dengan pandangan tidak ada ganti kepada praktis. Kepada soalan ketiga, banyak perkataan bahasa Arab diguna dalam bahasa Melayu (komunikasi dengan SS Dato’ Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad melalui whatsapp pada 22 Februari 2021). Belajarlah Bahasa Arab: Beberapa Dalil Dari Surah Yusuf ayat 2, Allah SWT berfirman yang mafhumnya: Sesungguhnya Kami menurunkannya (Kitab Suci) berupa Al-Qur’an berbahasa Arab agar kamu mengerti. Kita bukanlah penutur asli Bahasa Arab. Maka untuk memahami isi kandungan Al-Quran, sangat digalakkan untuk mempelajari Bahasa Arab. Kata mutiara dari Saidina Umar bin Khattab RA seperti berikut menggambarkan betapa pentingnya bahasa Arab dalam kehidupan seorang Muslim: تفإهناجءز مندنيك تعلموا العربية فإنها جزء من دينكم Artinya “Belajarlah oleh kalian bahasa Arab karena ia adalah merupakan sebahagian dari agama kalian” Pengalaman Sendiriti Satu Renungan Bahasa Arab tidaklah asing kepada kita. Dari kecil lagi kita telah belajar membaca Al-Quran dan solat lima waktu menggunakan bahasa Arab. Teringat kata-kata Naqib Usrah sewaktu penulis menetap di Kajang. Kata beliau kepada penulis “Mat, sebenarnya kita belajar bahasa Arab untuk memahami Al-Quran”. Semasa penulis melanjutkan pengajian ke pringkat PhD di Southampton University, England (1980- 1984) penulis telah bertemu dengan ramai pelajar ijazah lanjutan dari Timur Tengah, antaranya dari Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan Mesir. Penulis berkesempatan mempelajari Bahasa Arab asas dari mereka. Sekembalinya penulis dari England dan menyambung tugas di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, penulis dapat meneruskan minatnya belajar Bahasa Arab melalui interaksi dengan beberapa orang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM. Peluang dan keperluan untuk belajar Bahasa Arab dengan lebih serius ialah apabila penulis dilantik sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Kolej Universiti Sains Islam Malaysia (KUIM) yang kemudian menjadi USIM. Saya mula bertugas sebagai Timbalan Rektor/Timbalan Naib Canselor dari 2 Februari 2002 hingga awal Februari 2007. Dari segi akademik saya ditugaskan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Salah satu harapan Pengurusan Tertinggi KUIM kepada saya ialah membantu pelajar KUIM untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Berinteraksi dalam Bahasa Inggeris tiada masalah bagi saya. Tetapi hendak berinteraksi dan menggalakkan 65
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=