Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

pelajar menggunakan Bahasa Arab di luar kuliah mencabar bagi saya. Saya belum ada kemahiran untuk bertutur dalam Bahasa Arab pada masa itu. Maka saya mula belajar Bahasa Arab Komunikasi Asas dari awal lagi dengan bantuan pensyarah-pensyarah FPBU terutama mereka yang terlibat dengan HEPA. Maka saya dapat praktis kemahiran saya Bahasa Arab dengan pelajar-pelajar KUIM (Mohammad Haji Alias, 2025). Saya memberi signal kepada pelajar betapa pentingnya amalan berterusan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Sebenarnya peluang untuk belajar Bahasa Arab melalui pendidikan sepanjang hayat boleh dikatakan banyak. Penulis telah mengikuti kursus Bahasa Arab tiga peringkat – permulaan, pertengahan dan tinggi - melalui kursus Pendidikan Sepanjang Hayat anjuran USIM pada masa itu. Kemudian penulis mengikuti kursus program sepanjang hayat di Universiti Malaya (Fakulti Bahasa dan Linguistik, seterusnya di Akademi Pengajian Islam) dari 2010 hingga bermulanya PKP. Selepas itu kelas face-to-face ditangguhkan. Sebilangan kami kemudian meneruskan kelas Bahasa Arab atas talian, secara tidak formal dengan pensyarah yang sama hingga sekarang. Berdasarkan pengalaman belajar dan rujukan kepada yang ‘alim, disenaraikan beberapa langkah asas untuk mempelajari bahasa Arab, seperti berikut (sila rujuk Mohammad Haji Alias (2025), Bab 4 Lampiran, m.s 83-84) Pertama, perlu perkuatkan keinginan dan azam untuk mempelajari bahasa Arab kerana Allah SWT. Bersihkan niat dan keikhlasan hati untuk menuntut dan mempraktikkan ilmu adalah utama. Dalil-dalil yang diberi seperti di atas boleh dijadikan asas dan pendorong untuk belajar Bahasa Arab. Kedua, belajar komunikasi asas dalam Bahasa Arab dan menggunakannya secara berterusan. Kita perlu rajin membentuk ayat, membuat karangan dan bercakap dalam Bahasa Arab dengan istiqomah tanpa malu. Istiqomah dan tanpa malu penting. Tidak ada ganti kepada praktis (There is no substitute to practice) . Ketiga, pelajari asas-asas tata bahasa dan berusaha mencari untuk menambah perbendaharaan kata (kosa kata). Apabila sudah pandai membentuk ayat, kemahiran bertutur mengikut konteks (tajuk perbincangan, persekitaran) memerlukan kecukupan perbendaharaan kata. Akhir sekali, tingkatkan kemahiran Bahasa Arab anda dalam bidang pilihan anda. Kemahiran dalam komunikasi, menulis, memahami dan menambah perbendaharaan kata. “Pelajarilah bahasa Arab kerana ia adalah merupakan sebahagian daripada agama kalian” 66

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=