Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

MARI BELAJAR DAN MENGHAYATI BAHASA ARAB Prof. Dr. Mohammad Haji Alias Felo Budi di Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM Prof. Dato’ Dr. Mohammad Haji Alias dilahirkan di Kg. Bongek, Rembau Negeri Sembilan. Mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD in Economics 1985) dalam bidang Ekonomi Gunaan (fokus kepada Ekonomi Pembangunan dan Ekonomi Pertanian dengan menggunakan kaedah Ekonometrik) dari University of Southampton, England. Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi diperolehinya dari Monash University, Australia. Kerjaya akademiknya bermula sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM (mula Mac 1976), berpindah ke Sekolah Ekonomi UUM (mula Mei 1999) dan kemudian berpindah ke Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Kolej Universiti Sains Islam Malaysia (KUIM) (mula Februari 2002; KUIM kemudian menjadi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari awal 2007. Pengenalan Bahasa Arab adalah salah satu bahasa utama di dunia. Bahasa ini menduduki tempat kelima dari segi bilangan pengguna/ penuturnya yang berjumlah sekitar 2 bilion. Mempelajari Bahasa Arab sangat diutama dan digalakkan. Mempelajari dan menghayatinya dalam ertikata mendalami, menjiwai serta istiqomah dalam menggunanya memberi banyak manfaat. Lebih-lebih lagi usaha berlandaskan niat yang tulus ikhlas, menuntut dan mempraktikkan ilmu untuk mendapatkan redha Allah SWT. Usaha ini akan mendapat rahmat daripada Allah SWT Insya Allah. Beberapa Persoalan Asas Karangan pendek ini distrukturkan seperti berikut. Selepas pengenalan ringkas, kita akan mengemuka dan memberi jawapan kepada beberapa soalan. Pertama kenapa kita perlu belajar bahasa Arab? Kedua apa petua dan cara berkesan untuk belajar dan menggunakan bahasa Arab? Ketiga apa kaitan bahasa Melayu dengan bahasa Arab? Soalan-soalan ini telah penulis majukan kepada almarhum Dato’ Hj Mohd 64

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=