Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

Bagaimana Usahawan Desa Menggegarkan Dunia Digital Di sebuah kampung kecil di utara Malaysia, seorang makcik pembuat kuih yang dulunya hanya dikenali dalam lingkungan jiran dan pasar malam, kini menjadi fenomena e-dagang. Biskut tradisional buatannya bukan lagi dijual di gerai tepi jalan, tetapi dihantar hingga ke London. Anaknya yang celik teknologi mengurus kedai atas talian di Shopee dan TikTok Shop, membungkus dan menghantar tempahan setiap hari. Kisah ini bukan rekaan, tetapi satu contoh nyata bagaimana dunia digital membuka pintu baharu kepada usahawandesa. Perubahan ini berlaku seiring dengan peningkatan capaian internet dan kemunculan pelbagai platform digital yang mesra pengguna. Dr. Sharbani bin Harun merupakan bekas penggiat korporat yang kini bergiat sebagai perunding strategik, berbekalkan pengalaman lebih tiga dekad dalam bidang pengurusan, kewangan dan teknologi. Pernah menerajui agensi teknologi negara , beliau aktif menyumbang kepada dasar awam dan kerjasama strategik antara sektor korporat dan kerajaan melalui kepakaran dan pengalamannya. DARI KAMPUNG KE PENTAS DUNIA Dr Sharbani Bin Harun Director, DSH Strategic Solutions Sdn Bhd sharbani.harun@gmail.com 51

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=