Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
Internet: Tiket ke Dunia Luar Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menjelang 2024 lebih98% isi rumahdiMalaysiasudahmempunyai akses internet. Ini menjadi pemangkin utama kepada gelombang transformasi yang melanda kampung-kampung seluruh negara. Program seperti keUsahawan dan inisiatif Desa Digital di bawah Pelan Induk MyDigital telah melatih lebih setengah juta usahawan digital. Mereka bukan sahaja diberi pengetahuan asas, malah dibimbing menggunakan platform jualan seperti Shopee, Lazada, dan Facebook Marketplace. Hasilnya? Produk kampung – daripada batik, kraf tangan hingga herba tradisional – kini mendapat permintaan dari dalam dan luar negara. Media Sosialti Kedai Baharu Usahawan Desa Jika dahulu kedai perlu dibina dengan batu dan simen, kini cukup sekadar akaun media sosial. TikTok , Instagram Reels dan Facebook Live menjadi “kedai hadapan” bagi ramai usahawan kecil. Siaran langsung (live streaming) yang bersahaja dan jujur mencipta hubungan emosi antara penjual dan pembeli. Sesi yang hanya beberapa minit kadangkala berjaya menjana jualan ratusan ringgit – dalam satu malam! Anak Muda Balik Kampung, Bawa Pulang Ilmu Digital Menariknya, semakin ramai anak muda yang ‘berhijrah’ semula ke kampung. Bukan kerana tiada peluang di bandar, tetapi kerana mereka melihat potensi luar biasa di desa.Mereka membawa balik kemahiran digital, membina perniagaan berasaskan teknologi, dan membantu ibu bapa mengembangkan perniagaan keluarga. Denganpenggunaanplatformpembayaran sepeti Boost , Touch ’n Go eWallet dan perbankan dalam talian, urusan jual belimenjadi lebihcepat, selamat dan inklusif. LogisPk dan Eksportti Cabaran yang Sedang Diatasi Sektor logistik turut berkembang selaras dengan ledakan e-dagang. Pos Malaysia menaiktarafkemudahanpenghantaran,manakala J&T Express menawarkan servis ke lapan negara melalui kerjasama dengan kurier global. Pasaran ASEAN yang lebih terbuka memberi ruangeksport lebih luaskepadaproduk tempatan. Pensijilan halal Malaysia pula menjadi kelebihan utama, terutamanya dalam pasaran yang menuntut standard tinggi. Pelancongan Desati Tradisi yang diterjemah Digital Selain produk, pelancongan desa turut menikmati manfaat transformasi digital. Bengkel membuat batik, kelas memasak kuih tradisional dan inap desa kini boleh ditempah melalui platform digital oleh pelancong antarabangsa. Pengalaman autentik yang dulunya hanya dinikmati oleh pengunjung tempatan kini menjadi tarikan global – semuanya bermula dari kampung. Tidak Semua Indah, Tapi Masa Depan Cerah Walaupun peluang terbuka luas, cabaran tetap ada. Internet yang perlahan di kawasan pedalaman menyukarkan pengurusan kedai atas talian. Ramai usahawan veteran masih bergelut dengan literasi digital. Kos penghantaran tinggi bagi produk dalam kuantiti kecil pula mengurangkan margin keuntungan. Namun begitu, perkembangan positif tetap mengatasi cabaran. Sokongan berterusan dari kerajaan, sektor swasta dan masyarakat akan terus memperkukuh ekosistem ini. Dari Dapur Kampung ke Meja Dunia Kebangkitan e-dagang luar bandar adalah bukti bahawa transformasi digital bukan milik bandar 52
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=