Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

teknologi, tetapi juga merangkumi keupayaan melindungi maklumat peribadi, berfikir secara kritis, dan bertindak bijak bagi mengurangkan risiko yang tersembunyi di sebalik skrin. Menyulam teknologi dengan nilai dalam menghadapi dunia digital ini, penguasaan teknologi sahaja tidak mencukupi tetapi generasi muda perlu dipandu dengan nilai dan etika yang kukuh. Islam mengajar kita tentang konsep wasatiyyah (kesederhanaan), iaitu tidak berlebihan dan tidak juga mengabaikan. Prinsip ini boleh dijadikan panduan agar teknologi dimanfaatkan untuk kebaikan bukan kemudaratan. Kesederhanaan bermaksud mampu mengawal diri daripada ketagihan, memilih kandungan yang bermanfaat berbanding hiburan semata-mata, dan memastikan setiap penggunaan teknologi memberi nilai tambah dalam kehidupan peribadi, sosial, dan rohani. Justeru, peranan ibu bapa dan pendidik amat penting dalam membentuk generasi muda yang bukan sahaja celik digital tetapi juga celik nilai mendidik anak muda perlu dilatih untuk berfikir secara kritis, menapis maklumat yang diterima, dan menjaga adab ketika berinteraksi di alam maya. Membimbing anak-anak bukan sekadar menghadkan penggunaan gajet, tetapi menunjukkan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk membina kerjaya, meningkatkan ilmu, dan mengembangkan potensi diri. Selain itu, dengan adanya kempen kesedaran digital yang berterusan, bimbingan akademik yang relevan, sehinggalah kepada penyediaan ruang siber yang selamat untuk generasi muda mencuba idea baharu dan melahirkan inovasi akanmemberikan keyakinan kepada mereka untuk menjadi pencipta perubahan. Generasi yang bukan sekadar pengguna pasif, tetapi membentuk bakal pemimpin yang akan menggunakan teknologi untuk membawa kebaikan, memperkasa ilmu, dan membina masa depan negara yang lebih gemilang. Penutup Ringkasnya, dunia digital menyediakan dua sisi yagberbeza iaitupeluangyang luasdancabaran yang boleh menjejaskan nilai diri generasi muda. Oleh itu, tanggungjawab kita adalah untuk memastikan mereka bukan sahaja cekap menggunakan teknologi, tetapi juga matang dalam menilai kesan setiap tindakan terhadap diri dan masyarakat. Dengan gabungan ilmu, nilai, dan bimbingan yang berterusan, dunia digital boleh menjadi jambatan ke arah masa depan yang lebih cerah, adil, dan seimbang. Generasimudahari ini bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi bakal pemimpin yang akan membentuk hala tuju dunia digital pada masa hadapan. Jika peluang ini dimanfaatkan dengan bijaksana, mereka mampu mencorakkan dunia digital yang lebih adil, dan membawa kebaikan kepada masyarakat serta negara. 50

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=