Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

Namun, dalam keterujaan menikmati dunia digital, kita perlu bertanya adakah teknologi benar-benar membawa manfaat, atau ada sisi lain yang perlu diberi perhatian serius? Dunia digital sebagai ruang peluang tidak dapat dinafikan, dunia digital membuka pintu peluang yang luas. Pendidikan misalnya, kini lebih mudah diakses. Jika dahulu seorang pelajar di sekolah perlumenunggu guru atau buku teks untuk belajar sesuatu topik, kini ilmu boleh diperoleh melalui video YouTube, TikTok, kursus dalam talian, atau perbincangan di forum maya, membolehkan pelajar menimba ilmu secara percuma atau dengan kos yang sangat rendah. Peluang ini menunjukkan bahawa belajar tidak lagi terbatas di dalam kelas, malah boleh berlaku pada bila- bila masa. Selain itu, kehadiran media sosial telah melahirkan generasi kreatif yang berani berkongsi bakat dan pandangan mereka. Ramai anak muda muncul sebagai penulis blog, pencipta kandungan, atau pempengaruh (influencer) yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Fenomena ini menunjukkan bahawa platform digital bukan sekadar ruang hiburan, tetapi juga tempat melatih keyakinan diri, komunikasi, dan kreativiti. Malah, ada yang berjaya menjadikan minat mereka sebagai kerjaya sepenuh masa, sekali gus membuktikan bahawa media sosial mampu menjadi medium pembangunan diri dan peluang ekonomi baharu sekiranya digunakan secara bijak. Dalam bidang ekonomi pula, peluang keusahawanan semakin terbuka luas. Seorang pelajar universiti boleh menjalankan perniagaan kecil-kecilan melalui platform seperti Shopee atau TikTok Shop tanpa perlu menyewa kedai fizikal. Ada yang berjaya menambah pendapatan hanya dengan menjual makanan buatan sendiri atau menawarkan perkhidmatan secara dalam talian. Fenomena ini melahirkan generasi usahawan muda yang lebih berdikari, tidak hanya bergantung kepada kerja makan gaji selepas tamat pengajian. Secara tidak langsung, trend ini juga membantu mengurangkan kadar pengangguran kerana pelajar sudah mampu mencipta pekerjaan untuk diri mereka sendiri, malah berpotensi membuka peluang pekerjaan kepada orang lain. Cabaran yang mengiringi Namun, setiap peluang datang bersama cabaran. Salah satu isu yang ketara ialah ketagihan skrin. Ramai anak muda menghabiskan masa berjam- jam di media sosial sehingga mengabaikan tugasan, hubungan keluarga, atau aktiviti fizikal. Kesannya boleh dilihat pada tahap tumpuan yang semakin berkurang, tidur yang tidak teratur, malah ada yang berdepan masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kegelisahan. Lebihmembimbangkan, ketagihan ini kadangkala menyebabkan mereka hilang kemampuan untuk menikmati kehidupan sebenar di dunia nyata, kerana terlalu asyik dengan dunia maya yang tidak semuanya menggambarkan realiti. Jika dibiarkan tanpa kawalan, generasi mudamungkin akan menjadi pengguna teknologi yang pasif dan terperangkap dalam kitaran gaya hidup tidak sihat, sedangkan mereka sepatutnya memimpin perubahan positif dalam era digital ini. Di samping itu, generasi muda turut berdepan dengan bahaya keselamatan siber. Kes penipuan dalam talian, kecurian identiti, dan buli siber semakin meningkat saban tahun. Ramai anak muda yang menjadi mangsa kerana terpedaya dengan janji palsu atau maklumat yang tidak sahih. Ada yang kehilangan wang simpanan kerana terpedaya dengan janji palsu, ada yang tergadai maruahnya akibat penyalahgunaan gambar peribadi, malah ada juga yangmengalami tekanan emosi kerana menjadi mangsa fitnah atau serangan siber. Situasi ini memperlihatkan bahawa celik digital bermaksud individu bukan sekadar memiliki kebolehan menggunakan 49

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=