Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

Pengenalan Hari ini kita hidup dalam sebuah dunia yang serba digital. Daripada membeli makanan, mengurus kewangan, belajar, hinggalah bersosial, hampir semua perkara dilakukan secara dalam talian. Telefon pintar, internet berkelajuan tinggi, media sosial, dan kecerdasan buatan (AI) sudah menjadi sebahagian daripada rutin seharian. Generasi muda pula adalah kelompok yang paling pantas menyesuaikan diri dengan perkembangan ini, di mana maklumat hanya di hujung jari, dan komunikasi merentasi sempadan geografi berlaku dalam sekelip mata. Telefon pintar bukan lagi dianggap kemewahan, tetapi sudah menjadi satu keperluan asas, sama seperti buku dan pen. Iklima Husna binti Abdul Rahim ialah seorang pensyarah dalam bidang keusahawanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau aktif menulis artikel akademik, dan mempunyai minat khusus terhadap isu-isu masyarakat, pendidikan, dan pembangunan belia. Penulis percaya bahawa perkongsian ilmu melalui penulisan adalah salah satu cara terbaik untuk memberi inspirasi dan nmenyebarkan manfaat kepada orang lain. MASYARAKAT DUNIA DIGITAL ANTARA PELUANG DAN CABARAN UNTUK GENERASI MUDA Iklima Husna Abdul Rahim Pensyarah, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Akaun Universiti Malaysia Sabah Iklima.husna@ums.edu.my 48

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=