Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
Namun, di sebalik semua cabaran itu, Baginda tetap bersabar dan tabah kerana kebergantungan Baginda yang sangat tinggi kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah 153). Puncak ujian kesabaran Baginda terserlah dalam peristiwa ‘Am al-Huzn (Tahun Dukacita), apabila Baginda kehilangan isteri tercinta, Saidatina Khadijah RA, dan bapa saudaranya, Abu Talib. Walaupun ditimpa kesedihan yang mendalam, Baginda tetap sabar, terus berdakwah dengan penuh keteguhan, dan menyerahkan seluruh harapan hanya kepada Allah SWT. Sabar dalam kehidupan seharian Dalam kehidupan seharian, konsep sabar mempunyai aplikasi yang luas dan praktikal sama ada ketika berdepan cabaran dalam hubungan peribadi, tekanan di tempat kerja, atau konflik dalam masyarakat. Sabar menjadi tunggak ketahanan seseorang dalammenghadapi dugaan dengan tenang, mengawal emosi, dan bertindak secara bijaksana. Selain itu, ajaran Islam mengaitkan sabar dengan rasa syukur sebagai dua sisi yang saling melengkapi. Umat Islamdiingatkan agar bersabar ketikadiuji danbersyukur ketikamenerimanikmat, denganmenyedari bahawa kedua-duanya adalah ujian daripada Allah SWT. Gabungan sabar dan syukur ini membentuk pendekatan hidup yang lebih seimbang, dan holistik. Kesimpulan Kesabaran merupakan asas penting dalam pembinaan kekuatan rohani, emosi, dan peribadi seorang Muslim. Teladan daripada kehidupan Nabi Muhammad SAW membuktikan bahawa sabar bukanlah kelemahan, sebaliknya sumber kekuatanyangmembawakepadaketeguhaniman dan kejayaan dakwah. Dalam kehidupan moden yang penuh tekanan dan cabaran, sabar perlu diamalkan dalam setiap aspek sama ada dalam hubungan keluarga, pekerjaan, atau masyarakat agar kita dapat mengawal emosi, membuat keputusan dengan bijaksana, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sesungguhnya, sabar adalah kunci kesejahteraan jiwa, jalan menuju reda Allah, serta bekalan untuk menghadapi kehidupan dengan penuh makna. 47
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=