Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap ujian yang menimpa adalah peluang untuk meningkatkan kesabaran dan ketakwaan, kerana ganjaran besar menanti mereka yang sabar menghadapi dugaan dengan penuh keimanan. Jenis-jenis Sabar Menurut perspektif Islam, sabar terbahagi kepada tiga bentuk utama iaitu Sabr an-Naql, Sabr at-Taah dan Ṣabr ‘an al-Ma‘ṣiyah. Yang pertama ialah Sabr an-Naql bermaksud sabar dalam mengahadapi musibah. Bentuk sabar ini melibatkan kesusahan, ujian, cabaran dengan kesabaran dan ketabahan. Ia memerlukan orang yang beriman untuk mengekalkan ketenangan dan kepercayaan mereka kepada Allah, menyedari bahawa kesukaran adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Sabar yang kedua ialah Sabr at-Taa’ah iaitu sabar dalammentaliti perintah Allah SWT. Sabar jenis ini melibatkan kesabaranberpegang kepada prinsip dan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam, walaupun ketika berhadapan dengan cabaran atau godaan. Ia mencerminkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menjalani kehidupan yang soleh dan mulia. Manakala sabar yang ketiga ialah Ṣabr ‘an al-Ma‘ṣiyah iaitu sabar dalam menjauhkan diri daripada maksiat. Bentuk sabar ini memerlukan individu untuk menahan diri dan kesabaran dalam mengelakkan tingkah laku yang menjurus kepada perbuatan maksiat. Ia melibatkanmenentang godaan danmengekalkan pegangan yang teguh terhadap nilai moral dan etika. Sabar bukan hanya tentang menanggung kesukaran. Ia adalah proses transformatif yang menyumbang kepada pembentukan peribadi dan rohani seseorang individu. Dengan mengamalkan sabar, umat Islam dapat meningkatkan daya tahan, kecerdasan emosi, dan hubungan yang kuat dengan Allah. Cabaran dan ujian yang dihadapi oleh individu dilihat sebagai peluang untuk muhasabah diri, penambahbaikan, dan peningkatan kekuatan rohani. Sabar dalam Kehidupan Nabi Muhammad (SAW) Kehidupan Nabi Muhammad (saw) menjadi teladan terbaik dalam kesabaran. Sepanjang tempoh kenabian, beliau menghadapi pelbagai ujian berat, termasuk penganiayaan, penolakan dakwah, dan kehilangan orang yang tersayang. Siti Nur Baiin Che Harun ialah guru bahasa di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris, Sastera dan Linguistik (IIUM) serta MA Applied Linguistics with TESOL (University of Sheffield), beliau juga kolumnis Harian Metro – Addin, aktif menulis tentang bahasa, pendidikan, dan nilai masyarakat. 46
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=