Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
Pengenalan Odontologi forensik atau dikenali sebagai forensik pergigian merupakan salah satu bidang ilmu yang melibatkan bahagian pergigian dalam mengenal pasti mayat manusia, menganalisis kesan gigitan, menilai kecederaan pada kawasan mulut dan muka, dan memberikan keterangan pakar di mahkamah. Ia memberikan bukti penting dalam kedua-dua kes jenayah dan juga sivil. Gigi merupakan bahagian badan yang unik dan istimewa. Ia mempunyai perbezaan antara satu individu dengan individu yang lain. Kekuatan yang ada pada gigi menyebabkan ia menjadi salah satu struktur penting dalam bidang forensik dalam mengidentifikasi manusia. Kecerdasan buatan dalam forensik odontologi Kemunculan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam dunia moden ini, membantu odontologi forensik dalam meningkatkan ketepatan, kecekapan dan kebolehpercayaan KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM ODONTOLOGI FORENSIK Aspalilah Alias, Professor Madya Pergigian, Jabatan Sains Asas, Fakulti Pergigian, USIM, draspa76@usim.edu.my Profesor Madya Dr. Aspalilah Alias merupakan pensyarah di Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau mempunyai Ijazah Doktor Pergigian (USM), Sarjana Sains Perubatan (Anatomi)(UKM), PhD (Patologi)(Forensik Anthropologi) serta pascakedoktoran dalam bidang Forensik Odontologi dan radiologi. Beliau aktif dalam penulisan buku ilmiah dan pelbagai genre serta sering penyampaikan ceramah di dalam dan luar negara. Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah penulisanm termasuk anugerah buku ilmiah MAPIM. Antara buku beliau yang menjadi rujukan ialah “The casebook of Forensic Detection,The Forensic Pathology Cases, Fiqh in Forensic Medicine, Forensic Anthropology & Human Identification from Skull, dan Isu Terkini Fiqh Pergigian Kontemperori serta Pendapat pakar pergigian (Forensik odontology). 37
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=