Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

“Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah”. (Surah Al-Fathti 4). Namun, masih ramai insan di luar sana yang bergelut mencari kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Marilah kita bersama-sama menginsafi diri, menyelami hakikat kebahagiaan yang abadi. Seterusnya, saling berganding bahu, membantu sesama insan semata-mata demi meraih keredaan-Nya. Sesungguhnya, kebahagiaan yang hakiki itu terbit seiring dengan amal perbuatan yang baik, ikhlas, dan penuh taqwa. Kesimpulan Semua insan memilih cara mereka tersendiri untuk mencapai kebahagiaan dan ketenangan yang abadi. Dalam kesibukan tugasan harian kadangkala kita lupa untuk mencari kebahagiaan dan membahagiakan orang lain, sehinggakan tiada masa untuk memikirkannya. Namun, dalam Islam kebahagiaan yang sejati bukanlah sekadar kenikmatan duniawi semata-mata, bahkan ketenangan jiwa yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan amal soleh. Insan yang memikirkan kebahagiaan bukan sekadar dirinya sendiri bahkan melihat juga kebahagiaan orang di sekitarnya. Bahagia apabila jiwa berasa tenang dapat menghidu udara segar ciptaan Tuhan. Bahagia tatkala jiwa masih mampu menghargai ciptaan Allah dan masih bersama insan- insan yang disayangi seiring sehati sejiwa. Semoga bahagia menjadi milik kita yang sentiasa mendekatkan diri kepada Pencipta. 36

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=