Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
penyiasatan forensik yang melibatkan gigi dalam sesuatu kes. Sumbangan AI dalam bidang odontologi forensik termasuk dalam anggaran umur, penentuan jantina, mengenal pasti identiti individu, menganalisis tanda gigitan dan corak pada bibir serta radiologi forensik. Model AI, terutamanya rangkaian saraf konvolusi (convolutional neural network) (CNN), telah menunjukkan ketepatan yang tinggi dalam menganggarkan umur daripada imej pergigian. CNN ialah model pembelajaran mendalam yang boleh mengecam dan mengklasifikasi umur berasaskan imej. Dalam pergigian forensik, CNN boleh mengautomasikan anggaran umur atau jantina, pengenal pastian mangsa dan pengesanan anomali daripada radiografi pergigian. Model ini boleh mengautomasikan proses, menjadikannya lebih pantas dan lebih tepat berbanding kaedah tradisional yang memerlukan masa yang agak lama. Sistem AI khusus boleh menganggarkan umur pergigian dalam masa kurang daripada 10 saat setiap sampel dan dapat meningkatkan kecekapan dengan ketara dalam senario bencana besar-besaran (mass disaster). AI jugadapatmengenal pasti jantina seseorangmelalui algoritmaAI. CNNberkesandalammenentukan jantina daripada radiografi pergigian dan data morfometrik geometri 3D. Model-model ini mencapai ketepatan yang tinggi dan setanding malah mengatasi kaedah tradisional kerana CNN menganalisis ribuan pengkalan data (database) dalam model yang dibangunkan. Pengenal pastian individu juga dapat dikenal pasti dengan membandingkan rekod pergigian antemortem (AM) dan bedah siasat postmortem (PM) daripada imej radiograf. CNN telah dibangunkan untuk membandingkan rekod ini dengan ketepatan yang tinggi, membantu dalam mengenal pasti mayat yang tidak diketahui. Model AI juga boleh mengenal pasti mangsa dalam bencana besar-besaran dengan menganalisis ciri-ciri pergigian dengan cepat dengan ketepatan yang tinggi. Kelebihan Model AI Kelebihan model AI adalah boleh memproses set data yang banyak dengan cepat dan tepat. Ini dapat mengurangkan masa dan kesilapan manusia dalam penyiasatan forensik AI juga boleh mengautomasikan tugas berulang serta membolehkan pakar forensik menumpukan pada aspek 38
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=