Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
Kebahagian dan Ketenangan Bagi pandangan penulis bahagia itu tidak datang dengan sendirinya. Tetapi kadangkala ia terjadi secara tidak langsung atas sikap dari keperibadiaan kita. Walau bagaimanapun, bahagia itu perlu dicari. Kebahagiaan tidak datang bergolek, ibarat gugurnya helain daun di pepohon. Daun bergantung kepada dahan untuk hidup, dan tidak pernah sombong terhadap asal usulnya. Ini mengajar kita bahawa kebahagiaan sejati lahir apabila kita bersyukur, beradab, dan tidakmelupakan jasa guru, ibu bapa, atau sumber ilmu. Oleh itu, bahagia bukan sekadar hasil akhir, tetapi proses yang melibatkan hubungan rohani, sosial, dan intelektual yang sihat. Kanak-kanak berasa bahagia apabila permintaannya dipenuhi, memiliki permainan, kawan-kawan yang baik dan kasih sayang dari ibu bapanya. Lain pula rentak remaja kota yang kebiasaanya memilih tempat berseronok, berhibur, membeli belah dan tinggal bersama ibu bapa yang boleh memenuhi permintaanya. Orang dewasa berbahagia apabila menceritakan pengalaman sepanjang kehidupan suka dan duka bersama-sama teman sezamannya. Firman Allah SWT yang bermaksudti “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra`dti28) Selain itu, kebahagiaandanketenangansebagai anugerah Allah SWT bagi memperkukuhkan iman. Firman Allah SWT 35
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=