Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

Pendahuluan Semua insan menginginkan kebahagiaan dan ketenangan. Takrifan kebahagiaan dan ketenangan adalah berbeza dari setiap individu. Seseorang yang meraih kejayaan setelah perit jerih tanpa mengenal erti lelah akan berasa bahagia. Pasangan suami isteri yang saling faham memahami antara satu sama lain, anak-anak mendengar kata dan berjaya mungkin itulah kebahagiaan dan ketenangan yang mungkin dikecekapi. Seseorang yang kaya raya dan mampu bercuti ke luar negara pada setiap tahun mungkin itulah kebahagiaan dan ketenangannya. Seorang yang meningkat usia dapat mengerjakan ibadah haji dan umrah setiap tahun berasa itulah kebahagiaannya. Persoalan di benak pemikiran kita, adakah kebahagiaan itu milik semua insan? Jawapannya adalah ya, sudah tentu setiap orang berhak untuk bahagia. Kita semua inginkan kebahagiaan dan ketenangan hidup. Tetapi, kadang-kadang terhalang oleh kesempitan hidup yang tidak terjangka. Adakah bahagia dan tenang itu mudah dikecapi atau perlu dicari? “Tepuk dada tanyalah iman”, Itulah jawapan yang sering diungkapkan oleh kebanyakan insan tatkala persoalan demi persolan berkaitan kebahagiaan diutarakan. MENCARI KEBAHAGIAN DAN KETENANGAN Zalika Adam, Pensyarah, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia, zalika@usim.edu.my 34 Dr. Zalika Adam has been an Arabic lecturer at the Faculty of Major Language Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), since 2017.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=