Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
disamping ianya dapat mengurangkan kos transaksi, perusahaan sosial juga boleh dimulakan atau dikembangkan oleh pembiayaan mikro, terutama dalam sektor pertanian, kraf dan perkhidmatan tempatan, dan program mentor-mentor yang dicadangkan dapat membantu meningkatkan kadar pulangan perniagaan mikro melalui bimbingan keusahawanan. Cabaran dan Batasan di antara Sektor Ketiga dan Pembiayaan Mikro di Malaysia Walaupun kerangka strategik sektor ketiga ini dilihat berfungsi untukmeningkatkan keberkesanan pembiayaan mikro, terdapat beberapa cabaran perlu diatasi seperti sumber dana yang terhad, pengurusan organisasi yang lemah, keterlihatan yang rendah. Jika sesuatu organisasi tidak mempunyai pembiayaan yang mampan, mereka akan bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan tanpa pembiayaan alternatif. Ini akan menjejaskan kemajuan dan prestasi projek mikro- pembiayaan. Pengurusan organisasi juga perlu mempunyai tadbir urus yang kukuh untuk mengurangkan risiko kegagalan projek dan kadar kegagalan pembayaran balik pinjaman. Program mikro-pembiayaan oleh sektor ketiga harus mempunyai strategi promosi yang berkesan supaya golongan sasar lebih berminat menyertai program-program seperti ini supaya manfaatnya dapat disalurkan sebaik mungkin. Kesimpulan Kesimpulannya, sektor ketiga mempunyai potensi besar untuk memperkukuh sistem mikro-pembiayaandiMalaysia melalui rangkaian akar umbi, nilai sosial, dan keupayaan untuk menjangkau golongan rentan. Namun, potensi ini hanya dapat direalisasikan sepenuhnya jika cabaran struktural diatasi dan strategi pembangunan dilaksanakan secara konsisten dengan sokongan pembiayaan yang lestari. Integrasi sektor ketiga dan mikro-pembiayaan bukan sahaja menyumbang kepada pengurangan kemiskinan, tetapi juga mewujudkan ekosistem ekonomi sosial yang inklusif dan mampan. 33
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=