Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

Hubungan di antara Sektor Ketiga dan Pembiayaan Mikro di Malaysia Pada asasnya, pembiayaan mikro adalah kemudahan kredit berskala kecil yang ditawarkan kepada individu atau golongan yang tidak mempunyai akses kepada institusi kewangan arus perdana. Institusi-institusi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tekun Nasional, dan koperasi tempatan adalah merupakan di antara pelaksana program mikropembiayaan di Malaysia telah membantu menaikkan pendapatan isi rumah, mengurangkan kadar kemiskinan serta menggalakkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat. Oleh itu, tiga strategi utama untuk membangunkan sektor ketiga telah dikenal pasti di dalam RMK-13 iaitu memperkukuh daya tahan pemain sektor ketiga, meningkatkan keterlihatan sektor ketiga danmelipatgandakan penyertaan syarikat dalam perniagaan inklusif. Pada sudut perkembangan mikro-pembiayaan, ketiga-tiga strategi ini dapat menjadi panduan dalam memastikan dana kewangan yang diberikan kepada penerima bukan sahaja dapat digunakan untuk memulakan perniagaan, bahkan dapat memajukan perniagaan kecil dan sederhana ini secara lebih mampan. Ini kerana, ketiga-tiga strategi ini dapat memperkukuhkan daya tahan pemain pembiayaan mikro melalui pembangunankapasiti, latihandanpembiayaan alternatif, meningkatkan keterlihatan sektor ketiga dengan promosi bersepadu melalui kempen ‘Buy Social’ yang disokong oleh inisiatif ‘Made by Malaysia’ terhadap barangan hasil perusahaan kecil dan sederhana, dan akhir sekali melipatgandakan penyertaan syarikat dalam perniagaan inklusif dengan membuka peluang ekonomi kepada komuniti rentan melalui insentif bersasar seperti geran dan sokongan pembiayaan. Selain daripada itu, peranan sektor ketiga juga dilihat selari dengan prinsip mikropembiayaan berdasarkan modul perniagaan inklusif, padanan pasaran dan pembangunan kapasiti. Ini dapat dilihat melalui mekanisma perniagaan koperasi yang berpotensi mejadi saluran utama pengagihan modal mikro kepada ahli, 32

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=