Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
Pengenalan Perluncuran rancangan Malaysia ketiga belas pada tahun ini menyaksikan pengenalan sektor ketiga yang merangkumi koperasi, pertubuhan bukan kerajaan, perusahaan sosial dan persatuan sebagai penggerak ekonomi sosial di Malaysia. Berbeza dengan sektor awam yang hanya tertumpu kepada dasar kerajaan dan sektor swasta yang lebih mengutamakan keuntungan, sektor ketiga lebih berorientasikan kepada nilai kemanusiaan, kesejahteraan komuniti dan pembangunan sosial yang inklusif. Dalam aspek pembiayaan mikro, sektor ketiga dapat memainkan peranan strategik dalam memudah cara di antara pembiayaan modal dan masyarakat rentan, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40), belia yang masih menganggur dan usahawan mikro luar bandar. Wan Nur Rahini Aznie Binti Zainudin Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia rahini@usim.edu.my PERANAN SEKTOR KETIGA DALAM MEMBENTUK PEMBIAYAAN MIKRO YANG MAMPAN DI MALAYSIA Dr. Wan Nur Rahini Aznie Binti Zainudin berkhidmat sebagai Pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari Universiti Teknologi MARA pada tahun 2005, Sarjana Pengurusan Risiko dari University of Reading pada tahun 2007, dan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kewangan di University of Manchester pada tahun 2014. 31
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=