Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

12 KERJASAMA DAN PENCAPAIAN Sepanjang tujuh tahun penubuhannya, UWP telah menjadi wadah penting bagi membina ekosistem penulisan yang berdaya saing di USIM dan di luar universiti. Pelbagai kerjasama strategik telah dijalinkan, termasuk dengan Kedutaan Amerika Syarikat, yang membawa masuk profesor dari Amerika untuk berkongsi ilmu dalam bengkel penulisan naratif. Inisiatif ini membuka ruang kepada ahli UWP untuk memahami gaya penulisan antarabangsa, memperkukuh naratif tempatan, dan mempelbagaikan pendekatan dalam penghasilan karya. Bengkel Penulisan Naratif dengan Profesor Janet Steele pada 8 Jan 2019 yang dijalankan di USIM terhasil daripada kerjasama dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia. UWP juga telah membuktikan daya tahannya dalam dunia penerbitan apabila melancarkan buku antologi Sulaman Tinta pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 dengan kehadiran Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said. Sejak itu, penerbitan buku-buku UWP terus berkembang dengan sokongan padu daripada Penerbit USIM. Antara judul yang telah diterbitkan termasuk Sulaman Tinta (2019), Anyaman Rima (2020), Aduhai Anak (2021), Masa Bukan Sekadar Emas (2024), dan Melarik Masa (2024). Setiap karya ini menggambarkan kepelbagaian suara penulis UWP, daripada renungan keibubapaan hingga kepada refleksi kehidupan yang sarat nilai kemanusiaan. Pelancaran buku Sulaman Tinta pada 3 April 2019 di PBAKL 2019 bersama Sasterawan Negara A. Samad Said menjadi kenangan manis buat semua penulis antologi puisi ini yang terdiri daripada para akademik dan ahli UWP. Dalam pada itu, beberapa naskhah baharu kini sedang melalui proses penerbitandan suntinganakhir, antaranya kumpulan tulisanbertemakan travelog antarabangsa berjudul Kembara Hatyai dan kesihatan mental. Kedua-dua tema ini dipilih bukan sekadar untuk memperluas horizon penulisan, tetapi juga sebagai usaha mendekatkan ilmu dengan realiti sosial semasa dan selaras dengan aspirasi UWP untuk menulis dengan jiwa dan makna.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=