Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
13 HARAPAN DAN MASA DEPAN Sebagai Presiden UWP, saya amat berharap agar Insight Mosaic bukan sahaja menjadi wadah penyebaran karya, tetapi juga platform wacana ilmu yang menghubungkan akademia dengan masyarakat. Dunia kini berdepan ledakan maklumat yang sering kali menenggelamkan nilai kebenaran dan ketelitian. Dalam konteks ini, peranan penulis menjadi semakin penting yang bukan sekadar menyampaikan cerita, tetapi menegakkan fakta, membina naratif seimbang, dan menzahirkan kebenaran dengan adab serta etika. Saya menyeru seluruh ahli UWP di seluruh Malaysia untuk terus menulis dengan tekun, menanam keyakinan bahawa setiap tulisan adalah amanah ilmu dan warisan intelektual yang bakal meninggalkan jejak abadi. Setiap ayat yang ditulis dengan niat yang benar mampu menjadi suluh untuk minda yang keliru, penawar kepada jiwa yang lesu, dan penggerak kepada perubahan yang bermakna. Akhir kata, Insight Mosaic ialah simbol permulaan baharu iaitu mozek yang menyatukan pelbagai warna dan bentuk pemikiran dalam satu wadah yang harmonis. Semoga setiap helaian majalah ini mengilhamkan pembaca untuk berfikir, menulis, dan bertindak ke arah membina masyarakat yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing. “Menulis bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk menyinari jalan pemikiran umat.” Pelancaran buku Sulaman Tinta pada 3 April 2019 di PBAKL 2019 bersama Sasterawan Negara A. Samad Said menjadi kenangan manis buat semua penulis antologi puisi ini yang terdiri daripada para akademik dan ahli UWP.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=