Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

11 Oleh Dr. Siti Suriani Othman, Presiden USIMWriters’ Pool (UWP) MENULIS UNTUK MENGHUBUNGKAN MINDA DAN MASYARAKAT Saya melihat kelahiran edisi sulung Insight Mosaic, e-majalah terbitan USIM Writers’ Pool (UWP), merupakan satu detik bersejarah yang amat bermakna dalam perjalanan komuniti penulis USIM khasnya dan golongan penulis di Malaysia umumnya. Tahniah dan setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada seluruh warga penulis, penyunting, dan pasukan editorial yang telah merealisasikan impian ini dengan penuh dedikasi. Majalah ini diharap menjadi jambatan kepada perbincangan ilmiah dalam bentuk popular yang bukan sekadar menyalurkan ilmu, tetapi juga mengembangkan minda, memperkaya wacana akademik, dan memupuk budaya menulis di kalangan warga universiti serta masyarakat umum. SEJARAH PENUBUHAN UWP Tidak sah membincangkan tentang UWP tanpa membawa pembaca menelusuri sejarah UWP itu sendiri. USIM Writers’ Pool (UWP) ditubuhkan pada tahun 2017 di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM yang ketika itu diterajui oleh Prof. Emerita Datuk Dr. Roshada Hashim. UWP lahir dengan semangat besar untuk mendemokrasikan ilmu melalui penulisan di pelbagai platform akademik, kreatif, dan media. Matlamat utama penubuhannya adalah menjadikan penulisan sebagai wahana ilmu yang boleh diakses oleh semua, tanpa mengira bidang, pangkat, atau latar akademik. Sejak hari pertama, UWP meletakkan sasaran yang jelas untuk melaksanakan sekurang-kurangnya sepuluh program penulisan setiap tahun. Program-program ini meliputi pelbagai cabang penulisan iaitu daripada penulisan akademik seperti artikel jurnal dan esei ilmiah dengan kemahiran kemahiran tertentu, kepada penulisan popular seperti rencana media, serta cabang penulisan sastera yang mencakupi cerpen, puisi, dan anekdot. Pendekatan holistik ini mencerminkan komitmen UWP untuk melahirkan penulis yang seimbang, yang mampu berfikir secara kritikal, menulis dengan hati, dan menyampaikan dengan hikmah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=