e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026
PERPUSTAKAAN USIM, 24 Februari 2026 – Bahagian Pembangunan Sumber (BPS) Perpustakaan USIM bersama perpustakaan cawangan telah mengadakan sesi pertemuan bersama pembekal buku USIM bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 4, Perpustakaan USIM bermula jam 9.00 pagi. Sesi tersebut telah dihadiri 19 PERPUSTAKAAN USIM DAN ASM TEROKA KERJASAMA STRATEGIK MEMPERKASA OPEN SCIENCE DI MALAYSIA ASM, 23 Februari 2026 – Delegasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Datin Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan USIM merangkap ahli Jawatankuasa Open Science Perpustakaan USIM, telah menyertai sesi libat urus strategik bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi membincangkan inisiatif Malaysia Open Science Platform (MOSP). Bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis ASM, Kuala Lumpur, sesi perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada penerokaan peluang mengintegrasikan repositori penyelidikan institusi USIM dengan MOSP. USIM berharap agar kerjasama bersama ASM dan pihak berkepentingan lain dapat terus diperkukuh dalam usaha membangunkan ekosistem sains terbuka yang lebih telus, inklusif dan mampan di Malaysia. pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. Mesyuarat tersebut berakhir dengan komitmen bersama untuk terus bekerjasama dalam memastikan penyampaian sumber ilmu berkualiti dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan bagi menyokong matlamat akademik serta penyelidikan universiti. 7 PERPUSTAKAAN USIM PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA PEMBEKAL SUMBER ILMU wakil pembekal dan memberi tumpuan kepada semakan prosedur serta mengenal pasti penambahbaikan dalam rantaian bekalan bagi perolehan buku, jurnal dan pangkalan data digital. Perbincangan ini turut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Perpustakaan USIM dan pembekal dalam menyokong keperluan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=