e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026
Studio Shodwe NILAI, 3 Februari 2026 – Perpustakaan USIM berbesar hati menerima kunjungan akademik daripada Pondok Pesantren Al-Fattah Buduran Sidoarjo, Indonesia yang melibatkan delegasi seramai 13 orang peserta. Kunjungan ini memberi peluang kepada delegasi untuk mengenali dengan lebih dekat kemudahan, perkhidmatan serta persekitaran sokongan akademik yang disediakan oleh Perpustakaan USIM. Selain itu, program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua institusi. Perpustakaan USIM berharap jalinan bermakna ini dapat memberikan manfaat berterusan, menjadi sumber inspirasi bersama serta membuka peluang kepada kerjasama pada masa hadapan. KUNJUNGAN PONDOK PESANTREN AL- FATTAH BUDURAN SIDOARJO PERKUKUH JALINAN AKADEMIK MALAYSIA-INDONESIA KOLEJ PERMATA INSAN DEDAH PELAJAR BAHARU KEPADA EKOSISTEM PEMBELAJARAN DI PERPUSTAKAAN USIM USIM, 5 Februari 2026 – Perpustakaan USIM berbesar hati menerima kunjungan pelajar Kolej Permata Insan bersempena dengan program kemasukan pelajar baharu tahun 2026. Kunjungan ini memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kemudahan, koleksi dan perkhidmatan perpustakaan yang tersedia bagi menyokong perjalanan akademik mereka sepanjang pengajian di USIM. 8 Sesi ini turut bertujuan memupuk kemahiran pencarian maklumat yang berkesan serta menggalakkan penggunaan sumber perpustakaan secara aktif sejak awal tempoh pengajian. Perpustakaan USIM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan mendoakan agar mereka memperoleh pengalaman pembelajaran yang bermakna serta cemerlang.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=