e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026

KERJASAMA STRATEGIK PERPUSTAKAAN USIM DAN CGM PERKASA PEMBANGUNAN PERPUSTAKAAN CINTA GAZAMALAYSIA Kehadiran beliau melambangkan penghargaan dan pengiktirafan terhadap peranan serta komitmen Perpustakaan USIMsebagai rakan strategikCGMdalam perpustakaan yang lebih tersusun, sistematik dan profesional selaras dengan amalan terbaik pengurusan perpustakaan.. Sokongan berterusan daripada Perpustakaan USIM menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh usaha CGM menyebarluaskan ilmu pengetahuan, di samping menyokong misi kemanusiaan dan advokasi yang diperjuangkan oleh persatuan tersebut. Penganjuran majlis ini menandakan satu pencapaian penting dalam meletakkan Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia sebagai sebuah platform pendidikan, kesedaran sosial dan akses maklumat kepada komuniti. Projek Pengurusan dan Pembangunan Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia telah bermula pada Oktober 2024 dengan melibatkan beberapa komponen utama seperti Latihan Pengurusan Perpustakaan, Pemasangan Sistem Perpustakaan Bersepadu, Latihan Modul Penyelenggaraan Sistem Perpustakaan serta Perkhidmatan Pengkatalogan Bahan Perpustakaan. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan pengurusan 6 BANGI, 29 Januari 2026 – Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia pada Khamis, 29 Januari 2026, bertempat di PerpustakaanCintaGazaMalaysia. Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh Ketua Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Datin Nor Azzah Momin, yang hadir sebagai tetamu kehormat bagi menyaksikan detik penting dalam pembangunan perpustakaan tersebut. membangunkan sistem pengurusan perpustakaan organisasi berkenaan. Kerjasama yang terjalin merangkumi aspek pengurusan koleksi, sistem maklumat perpustakaan serta penerapan amalan terbaik dalam bidang kepustakawanan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=