e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026
Studio Shodwe NILAI, 29 Januari 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima kunjungan akademik daripada Sekolah Seri Setia dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Muhammadiyah Satu Gresik, Indonesia yang melibatkan delegasi seramai 30 orang peserta. Kunjungan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menjalinkan hubungan akademik yang bermakna menerusi perkongsian ilmu serta pertukaran budaya. Program ini turut memperkukuh kefahaman dan hubungan pendidikan antara institusi, di samping mencerminkan kesamaan minat dalam aspek pembangunan akademik dan perkongsian pengetahuan dalam ekosistem perpustakaan serta pendidikan. Perpustakaan USIM berharap kunjungan ini dapat memberikan manfaat yang bermakna kepada semua peserta, memperkukuh jalinan kerjasama sedia ada serta menjadi sumber inspirasi bersama dalam usaha menuntut ilmu dan mencapai kecemerlangan. PERPUSTAKAAN USIM PERKUKUH JALINAN AKADEMIK MENERUSI KUNJUNGAN INSTITUSI DARI MALAYSIA DAN INDONESIA 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=