e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Perpustakaan USIM dalam memperkukuh penglibatan bersama komuniti serta menyokong pembangunan literasi awal, khususnya dalam kalangan murid sekolah. Dengan membawa program galakan membaca terus ke sekolah, Perpustakaan USIM berharap dapat menyemai minat membaca sejak usia muda, memperkukuh kemahiran literasi asas serta memupuk budaya cintakan ilmu yang berterusan. Melalui FUNLIT: Seronoknya Membaca, Perpustakaan USIM berharap dapat terus menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat berilmu dengan memperkasa generasi muda agar menjadi individu yang celik maklumat, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. “FUNLIT: SERONOKNYA MEMBACA” SEMARAKKAN MINAT MEMBACA MURID SK LUI TIMOR MENERUSI INISIATIF USR PERPUSTAKAANUSIM JEMPOL, 21 Januari 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan komitmennya dalam melaksanakan tanggungjawab sosial universiti (University Social Responsibility, USR), menerusi penganjuran program FUNLIT: Seronoknya Membaca di Sekolah Kebangsaan Lui Timor, Jempol, Negeri Sembilan. Program ini dianjurkan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan murid sekolah rendah melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan bermakna. Seramai 109 orang murid telah menyertai program yang mengetengahkan pelbagai aktiviti berasaskan pembacaan bagi merangsang minat, rasa ingin tahu dan menjadikan amalan membaca sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan Para peserta didedahkan kepada bahan bacaan terpilih, sesi bercerita secara interaktif serta aktiviti literasi berpandu yang menggalakkan mereka meneroka dunia buku secara lebih aktif dan kreatif. 4
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=