e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026

Studio Shodwe USIM, 13 Januari 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan Jawatankuasa Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi bagi mengadakan lawatan serta sesi perbincangan berkaitan penubuhan sebuah perpustakaan Islam. Sesi libat urus ini menjadi langkah bermakna dalam memperkukuh jalinan kerjasama bersama komuniti menerusi pembangunan dan pemerkasaan ilmu. Program dimulakan dengan lawatan ke beberapa kemudahan terpilih di Perpustakaan USIM bagi memberi pendedahan kepada delegasi mengenai persekitaran perpustakaan, kemudahan, perkhidmatan serta sumber maklumat yang menyokong aktiviti akademik dan pembangunan ilmu. Lawatan tersebut diikuti dengan sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan USIM, Datin Nor Azzah Momin. Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting dalam penubuhan perpustakaan Islam, termasuk pembangunan koleksi, pengurusan sumber maklumat serta peranan perpustakaan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengukuhan pembelajaran Islam dalam komuniti. KUNJUNGAN LIBAT URUS JAWATANKUASA SURAU AN- NUR KE PERPUSTAKAAN USIM JALINAN AKADEMIK MENERUSI KUNJUNGAN INSTITUSI DARI MALAYSIA DAN INDONESIA NILAI, 29 Januari 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima kunjungan akademik daripada Sekolah Seri Setia dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Muhammadiyah Satu Gresik, Indonesia yang melibatkan delegasi seramai 30 orang peserta. 3 Kunjungan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menjalinkan hubungan akademik yang bermakna menerusi perkongsian ilmu serta pertukaran budaya. Program ini turut memperkukuh kefahaman dan hubungan pendidikan antara institusi, di samping mencerminkan kesamaan minat dalam aspek pembangunan akademik dan perkongsian pengetahuan dalam ekosistem perpustakaan serta pendidikan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=