e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026
BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN USIM 2026 NILAI, 12 Januari 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik Perpustakaan USIM 2026 yang menghimpunkan barisan pengurusan tertinggi dan warga perpustakaan dalam usaha merangka hala tuju strategik Organisasi Bengkel ini menjadi platform penting untuk mengadakan perbincangan secara terbuka, berkongsi idea serta menyelaraskan matlamat ke arah perancangan yang lebih jelas, berfokus dan realistik. Melalui sesi ini, pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukakan bagi memperkukuh keutamaan strategik perpustakaan agar selari dengan keperluan semasa serta cabaran masa hadapan. Selaras dengan aspirasi universiti, Bengkel Perancangan Strategik ini menjadi langkah proaktif Perpustakaan USIM dalam menyelaraskan visi, sumber dan kepakaran bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, sekali gus memperkukuh peranannya dalam menyokong kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pembangunan institusi. 2 Penganjuran bengkel ini turut mencerminkan komitmen berterusan Perpustakaan USIM dalam memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah perpustakaan yang dinamik, berdaya saing, mampan dan berimpak tinggi. Perancangan yang dirangka diharap dapat menjadi panduan dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan, mengoptimumkan sumber dan kepakaran, serta meningkatkan keberkesanan operasi organisasi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=