e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026

Studio Shodwe UMesyuarat tersebut menjadi wadah perbincangan strategik berkaitan pelaksanaan inisiatif wakaf dalam memperkukuh peranan USIM sebagai institusi ilmu yang mampan serta memberi manfaat kepada masyarakat. Perbincangan turut menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam memperkasakan pembangunan pendidikan, penyelidikan dan penyebaran ilmu melalui pendekatan wakaf. Dalam sesi lawatan tersebut, delegasi turut berpeluang meninjau kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan USIM. Delegasi diberikan penerangan mengenai peranan perpustakaan dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan serta usaha pembangunan koleksi dan sumber ilmu yang berkaitan dengan agenda wakaf universiti. Lawatan ini memperlihatkan kepentingan sinergi antara institusi pengajian tinggi dan pihak berkepentingan dalam memperkukuh ekosistem wakaf ilmu. Usaha ini selaras dengan aspirasi USIM untuk terus memperkasa pembangunan ilmu yang berterusan demi manfaat warga universiti dan masyarakat secara keseluruhannya. DELEGASI DANA WAKAF AL-ABRAR USIM TINJAU PERANAN PERPUSTAKAAN DALAM EKOSISTEM WAKAF ILMU PASAR HIJAU PERPUSTAKAAN USIM TARIK SAMBUTAN, PERKASA BUDAYA KELESTARIAN KAMPUS USIM, 5 Mac 2026 – Inisiatif Pasar Hijau @ Perpustakaan USIM telah diperkenalkan menerusi reruai Go Green & SDG Perpustakaan USIM bersempena penganjuran program Telaah @USIM dan Human Library yang berlangsung pada 5 Mac 2026. 15 Inisiatif ini mengetengahkan pelbagai hasil tanaman dan bahan berasaskan tumbuhan seperti keratan pokok, anak benih, daun limau purut, serai, limau kasturi, daun salam, bayam Brazil serta temulawak. Pelaksanaan Pasar Hijau bertujuan menggalakkan warga universiti menghayati amalan kehidupan lestari melalui penanaman dan penggunaan tanaman yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Susulan sambutan yang diterima, Pasar Hijau akan diteruskan sebagai aktiviti mingguan yang dibuka kepada warga universiti pada setiap hari Isnin di Perpustakaan USIM. USIM, 5 Mac 2026 – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Sharifudin Md Shaarani, bersama wakil Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan USIM bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Dana Wakaf Al-Abrar USIM Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh beliau.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=