e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026
RAMADAN JADI TITIK PERMULAANGAYAHIDUP BEBAS ROKOK USIM, 17 Mac 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan penganjuran Siri Sihat Ramadan Musim 5/2026 (Episod 4) dengan membawa topik “Raya Blues???” yang membincangkan aspek kesihatan mental dan kesejahteraan emosi menjelang sambutan Aidilfitri. Program ini menampilkan Dr. Nurazah binti Ismail, Pakar Psikiatri merangkap Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM sebagai panel jemputan. Perkongsian memberi tumpuan kepada kepentingan mengurus emosi, tekanan dan jangkaan sepanjang musim perayaan, di samping membantu individu menghadapi perubahan rutin selepas berakhirnya Ramadan secara lebih positif. Sesi yang dikendalikan oleh En. Ahmad Yazid bin Ahmad @ Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pustakawan II merangkap Ketua Bahagian Perpustakaan Cawangan, NILAI, 10 Mac 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan penganjuran Siri Sihat Ramadan Musim 5/2026 (Episod 3) dengan mengetengahkan tajuk “Hidup Bebas Rokok Bermula Ramadan” sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan warga universiti. Program ini menampilkan Dr. Nizam bin Baharom, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM sebagai penceramah jemputan. Penganjuran Siri Sihat Ramadan ini membuktikan peranan Perpustakaan USIM sebagai platform penyebaran ilmu yang menyokong kesejahteraan komuniti melalui perkongsian berkaitan kesihatan, gaya hidup dan pembangunan diri. Inisiatif ini turut selaras dengan usaha universiti dalam membentuk warga kampus yang lebih sihat dan prihatin terhadap penjagaan kesihatan diri. 16 SIRI SIHATRAMADANKUPAS ISU ‘RAYA BLUES’ DAN KESEJAHTERAANMENTAL disampaikan secara langsung dan mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada para penonton. Melalui penganjuran Siri Sihat Ramadan, Perpustakaan USIM terus memperluas peranan sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan ruang perkongsian ilmu yang menyentuh aspek kesihatan fizikal, mental dan kesejahteraan komuniti. Inisiatif ini selaras dengan usaha memperkukuh kesedaran warga universiti terhadap kepentingan menjaga keseimbangan diri dalam kehidupan seharian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=