e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026

TELAAH @USIM DAN HUMAN LIBRARY ANGKAT PERANAN WANITA DALAMMEMBINA MASYARAKAT BERILMU NILAI, 5 Mac 2026 – Bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Telaah @USIM Siri 2/2026 yang menampilkan buku Perempuan Yang Mewariskan Huruf dan Hikmah bersama program Human Library: Wanita Yang Berbicara, bertemakan "Empowering Women, Strengthening the Nation". Program ini menjadi wadah bagi menghargai sumbangan wanita dalam bidang ilmu, kepimpinan dan pembangunan negara melalui gabungan sesi ulasan buku serta perkongsian pengalaman daripada tokoh akademik. Para peserta didedahkan kepada pelbagai perspektif mengenai peranan wanita sebagai pencetus perubahan, pewaris ilmu dan pemangkin pembangunan masyarakat. Sesi Telaah telah disampaikan oleh Dr. Nur Saadah Hamisan Khair, Pensyarah Fakulti Pengajian al-Quran dan al- Sunnah, USIM, manakala sesi Human Library menampilkan Prof. Dato' Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), USIM yang berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai kepimpinan wanita dalam dunia akademik dan pembangunan negara. Penganjuran program ini bukan sahaja memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan warga universiti, malah mengangkat peranan wanita sebagai tonggak pembangunan masyarakat dan negara. Inisiatif seumpama ini turut memperlihatkan komitmen Perpustakaan USIM dalam menyediakan platform wacana ilmiah yang inklusif serta menyokong agenda pembangunan modal insan berteraskan ilmu dan nilai. 14

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=