e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026

Studio Shodwe NILAI, 3 Mac 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan penganjuran Siri Sihat Ramadan Musim 5/2026 menerusi Episod 2 bertajuk "Puasa Jalan Terus, Penyakit Kulit Boleh Diurus", sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan sepanjang Ramadan. Program ini menampilkan Dr. Ummu Aiman binti Faisal, Pakar Perubatan Dalaman dan Dermatologi serta Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM sebagai panel jemputan. Beliau berkongsi pelbagai maklumat berkaitan penjagaan kesihatan kulit ketika berpuasa, termasuk faktor yang menyumbang kepada masalah kulit serta langkah-langkah praktikal untuk mengekalkan kesihatan kulit sepanjang bulan Ramadan. Sesi yang dikendalikan oleh En. Ahmad Yazid bin Ahmad @ Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pustakawan II merangkap Ketua Bahagian Perpustakaan Cawangan, berlangsung secara interaktif dengan penyertaan aktif para penonton yang turut mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan penjagaan kulit. Melalui penganjuran Siri Sihat Ramadan, Perpustakaan USIM terus memainkan peranan sebagai pusat penyebaran ilmu dengan menyediakan platform perkongsian yang memberi manfaat kepada warga universiti dan masyarakat, selaras dengan usaha memperkasa kesejahteraan komuniti melalui pendidikan kesihatan. PERPUSTAKAAN USIM ANJUR SIRI SIHAT RAMADAN KUPAS PENJAGAAN KESIHATAN KULIT KETIKA BERPUASA 13

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=