e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

HUMAN LIBRARY USIMKUPAS PENGURUSAN PERUBAHAN KE ARAHKECEMERLANGANORGANISASI NILAI, 24 April 2026 – Bersempena sambutan Hari Buku Sedunia, Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan program “JOM BACA 10 MINIT: SETITIK ILMU, SEJUTA MAKNA” secara serentak di Perpustakaan Utama USIM, Perpustakaan KPI dan Perpustakaan FPSK. Program ini bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan warga universiti menerusi galakan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk membaca bahan pilihan masing-masing. Penglibatan warga USIM yang terdiri daripada staf dan pelajar memperlihatkan komitmen komuniti kampus dalam menghargai kepentingan membaca sebagai amalan yang mampu memperluas pengetahuan, membina pemikiran kritis serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Pelaksanaan program secara serentak di semua lokasi perpustakaan turut mencerminkan usaha bersepadu dalammemperkukuh budaya membaca di seluruh ekosistem USIM. Program ini selaras dengan komitmen Perpustakaan USIM dalam membudayakan ilmu serta membina masyarakat kampus yang berpengetahuan, berinformasi dan cintakan ilmu. USIM, 24 April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menganjurkan Program Human Library yang menampilkan perkongsian inspiratif daripada Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM menerusi sesi bertajuk “Mengurus Perubahan, Memacu Kecemerlangan: Pengalaman Strategik Dato' Pendaftar USIM Dalam Enam Era Kepimpinan.” Penganjuran Human Library ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman yang memperkaya perspektif warga universiti, di samping menyokong pembentukan budaya organisasi yang lebih dinamik, inovatif dan berdaya tahan dalam menghadapi perubahan. 8 JOM BACA 10 MINIT SEMARAKKAN BUDAYA MEMBACA DALAMKALANGANWARGA USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=