e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
USIM, 27 April 2026 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menyumbangkan koleksi bercetak TAFHIM: IKIM Journal of Islam and the Contemporary World kepada Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai tambahan kepada koleksi rujukan akademik universiti. PERPUSTAKAAN USIM TERIMA KUNJUNGAN AKADEMIK SMUA ISMAILIAH, KELANTAN NILAI, 25 April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan akademik daripada delegasi Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ismailiah, Pasir Mas, Kelantan sebagai usaha memperkenalkan persekitaran pembelajaran di institusi pengajian tinggi kepada para pelajar. Lawatan ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemudahan, perkhidmatan serta sumber akademik yang disediakan oleh Perpustakaan USIM dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di peringkat universiti. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta diperkenalkan dengan pelbagai ruang pembelajaran, kemudahan pengguna serta perkhidmatan sokongan yang memainkan peranan penting dalam menyediakan akses kepada maklumat dan sumber ilmu. Lawatan akademik ini mencerminkan komitmen Perpustakaan USIM dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti pendidikan. Mohd Helmi Masor @ Mansor, Ketua Jabatan Perpustakaan USIM, dengan disaksikan oleh Encik Muhammad Hafizi Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan Korporat dan Komunikasi, Perpustakaan USIM. Sumbangan ini dijangka dapat memperkukuh sumber rujukan ilmiah khususnya dalam bidang pengajian Islam, pemikiran semasa serta penyelidikan berkaitan isu kontemporari. 9 IKIM SUMBANG TAFHIM: IKIM JOURNAL OF ISLAM AND THE CONTEMPORARY WORLD KEPADA PERPUSTAKAAN USIM Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Akidah, Agama dan Keharmonian (AMAN), IKIM, bersama Encik Izzuddin Hasanudin, Pegawai dari Pusat Pengurusan Penyelidikan, IKIM. Koleksi tersebut telah diterima oleh Dr.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=