e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
Studio Shodwe NILAI, 22 April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjalani Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan MS ISO 1900:2014 yang dilaksanakan oleh SIRIM bagi tahun 2026. Audit tersebut bertujuan menilai tahap pematuhan perpustakaan terhadap standard kualiti yang ditetapkan, khususnya dalam aspek penyampaian perkhidmatan, pengurusan proses kerja serta pelaksanaan amalan penambahbaikan berterusan. Sepanjang sesi audit berlangsung, warga Perpustakaan USIM memberikan kerjasama penuh dengan mengemukakan bukti pelaksanaan, dokumentasi berkaitan serta penerangan mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pengguna. Pelaksanaan audit ini membuktikan kesungguhan Perpustakaan USIM dalam mengekalkan standard pengurusan berkualiti, memperkukuh kecekapan operasi serta memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa memenuhi keperluan komuniti akademik. PERPUSTAKAAN USIM JALANI AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO PERPUSTAKAAN USIM TERIMA KUNJUNGAN AKADEMIK SMA ISLAM HIDAYATULLAH SEMARANG, INDONESIA NILAI, 23 April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan akademik daripada SMA Islam Hidayatullah, Semarang, Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan pendidikan serta memperkenalkan peranan perpustakaan akademik dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan ilmu. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan kemudahan, perkhidmatan serta sumber maklumat yang disediakan oleh Perpustakaan USIM dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di peringkat universiti. Kunjungan ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada para pelajar dan guru pengiring, malah menjadi platform perkongsian ilmu serta pertukaran budaya antara Malaysia dan Indonesia. Perpustakaan USIM berharap hubungan pendidikan yang terjalin dapat terus diperkukuh pada masa akan datang. 7
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=