e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

PERPUSTAKAAN USIM TERIMA KUNJUNGAN AKADEMIK PENSYARAHUINMATARAM, INDONESIA NILAI, April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan akademik daripada sekumpulan pensyarah Universitas Islam Negeri (UIN) Mataram, Indonesia yang sedang mengikuti pengajian pascasiswazah di USIM. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan perkhidmatan, kemudahan serta sistem sokongan akademik yang disediakan oleh Perpustakaan USIM bagi membantu keperluan pengajian dan penyelidikan peringkat siswazah. Program dimulakan dengan sesi taklimat yang memperkenalkan struktur organisasi perpustakaan, sumber digital, perkhidmatan sokongan penyelidikan serta inisiatif literasi maklumat yang dilaksanakan bagi memperkasa komuniti akademik. Para peserta turut mengikuti lawatan berpandu ke kemudahan perpustakaan termasuk ruang pembelajaran, kawasan perkhidmatan pengguna dan kemudahan akses sumber digital yang menyokong aktiviti penyelidikan lanjutan. Kunjungan ini diharap dapat memperkayakan pengalaman akademik para peserta sepanjang berada di USIM serta memperkukuh hubungan akademik antara Universiti Sains Islam Malaysia dan Universitas Islam Negeri Mataram, Indonesia. 4 PERPUSTAKAANUSIMPERKASA KOMPETENSI DIGITAL STAFMELALUI BENGKEL AI TOOLS NILAI, 20 April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan AI Tools Enhancement Workshop for Library Staff Series 1/2026 sebagai usaha memperkukuh kompetensi digital warga kerja dalam memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong perkhidmatan dan operasi perpustakaan. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Khairul Asyrani Sulaiman, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dari Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sesi perkongsian memberi pendedahan berkaitan aplikasi praktikal teknologi AI, peningkatan produktiviti serta kaedah mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam tugasan harian. Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen Perpustakaan USIM dalam memperkasa kemahiran digital warga kerja serta menyokong agenda transformasi dan inovasi perkhidmatan perpustakaan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=