e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
Studio Shodwe NILAI, 10 April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Universitas Islam Indonesia (UII) menerusi program lawatan penandaarasan yang bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama serta perkongsian amalan terbaik antara kedua-dua institusi. Lawatan ini menjadi platform pertukaran pengetahuan berkaitan pengurusan perpustakaan akademik, penyampaian perkhidmatan, serta inisiatif strategik dalam mempertingkatkan kecemerlangan operasi perpustakaan. Sepanjang sesi berlangsung, kedua-dua pihak berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan pengurusan koleksi, transformasi perkhidmatan digital serta pendekatan inovatif dalam memenuhi keperluan pengguna akademik. Lawatan ini berakhir dengan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan profesional, memperluas perkongsian ilmu serta meneroka peluang kerjasama strategik antara Perpustakaan USIM dan Universitas Islam Indonesia pada masa akan datang. PERPUSTAKAAN USIM TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN UNIVERSITAS ISLAM INDONESIA PERPUSTAKAAN USIM DAN JAKIM PERKUKUH KERJASAMA MEMBANGUNKAN EKOSISTEM MAKLUMAT HALAL 3 JAKIM, 13 April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan pertemuan strategik bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan sumber maklumat halal. Perbincangan memberi fokus kepada pembangunan Halal Repository serta cadangan pelaksanaan Discovery System bagi memperkukuh akses bersepadu terhadap sumber maklumat berkaitan halal. Inisiatif ini dijangka dapat memperluas akses kepada pengetahuan halal, meningkatkan keterlihatan hasil penyelidikan berkaitan halal serta menyokong perkembangan ekosistem penyelidikan dan inovasi demi manfaat masyarakat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=