e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
PELAJAR SAINSMAKLUMAT UITMREMBAU DIDEDAHKAN DENGANOPERASI PERPUSTAKAAN AKADEMIK perpustakaan akademik, di samping menghubungkan pengetahuan teori yang dipelajari dengan amalan sebenar dalam industri maklumat. Kunjungan ini diharap dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar serta memperkukuh hubungan akademik antara USIM dan UiTM dalam bidang sains maklumat dan kepustakawanan. 5 NILAI, 20 April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan akademik daripada pelajar Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan peranan dan fungsi perpustakaan akademik dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di institusi pengajian tinggi. Program dimulakan dengan sesi taklimat yang memperkenalkan struktur organisasi PerpustakaanUSIM, perkhidmatan utama serta sumber digital yang disediakan bagi menyokong keperluan akademik warga universiti. Para peserta turut didedahkan kepada peranan perpustakaan dalam menyediakan sokongan penyelidikan, akses maklumat serta perkhidmatan berteraskan teknologi. Sesi lawatan berpandu kemudiannya membawa para peserta meninjau kemudahan perpustakaan termasuk perkhidmatan sirkulasi, ruang bacaan, kemudahan akses sumber digital serta ruang pembelajaran yang disediakan. Interaksi bersama warga Perpustakaan USIM memberi peluang kepada para pelajarmemahami realiti pengurusan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=