e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
OPEN SCIENCE TALK 2026 KUPAS MASA DEPAN PENYELIDIKAN DALAM ERA AI DAN BIG DATA NILAI, 10 April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan usaha memperkukuh ekosistem penyelidikan terbuka menerusi penganjuran Open Science Talk 2026 yang menampilkan Prof. Dr. Abrizah binti Abdullah sebagai penceramah jemputan. Program yang mengetengahkan tajuk “Open Science in the Era of AI and Big Data” ini membincangkan perkembangan amalan Open Science dalam landskap penyelidikan semasa yang dipengaruhi oleh kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan data raya (Big Data). Sesi perkongsian memberi fokus kepada kepentingan penggunaan AI secara beretika, perkongsian ilmu secara terbuka serta pengurusan data penyelidikan yang lebih sistematik bagi memperkukuh kerjasama dan impak penyelidikan dalam kalangan komuniti akademik. Melalui program ini, para peserta turut didedahkan dengan kepentingan pengurusan dan perkongsian data penyelidikan yang selaras dengan perkembangan semasa dalam dunia akademik, sekali gus memperkasakan keupayaan penyelidik dalam menghasilkan kajian yang lebih berimpak. Program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada warga akademik USIM dan menjadi platform perkongsian ilmu dalam menyokong usaha memperluas amalan Open Science selaras dengan perkembangan teknologi penyelidikan masa kini. 2
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=