e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

LAWATAN AKADEMIK ISLAMIC COLLEGE OF MELBOURNE KE PERPUSTAKAANUSIM NILAI, 22 Jun 2026 – Perpustakaan Universiti Sains IslamMalaysia (USIM) telah menerima kunjungan pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau bersempena dengan lawatan akademik ke Perpustakaan USIM. Lawatan ini turut diserikan dengan sesi perkongsian yang disampaikan oleh pustakawan daripada Seksyen Rujukan, Encik Mohamad Azhar Azhari dan Seksyen Pembangunan Koleksi, Dr Mohamad Salbihan Salman. Sesi tersebut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai perkhidmatan rujukan serta sumber maklumat yang disediakan oleh Perpustakaan USIM bagi menyokong keperluan akademik dan membantu mereka mendapatkan maklumat yang relevan dalammenyiapkan tugasan. Selain itu, lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan, kemudahan dan sumber yang disediakan oleh Perpustakaan USIM, di samping menggalakkan pemanfaatan perpustakaan sebagai sumber sokongan dalam pembelajaran dan aktiviti akademik. Perpustakaan USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau atas kunjungan yang diberikan. Semoga lawatan ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang. NILAI, 18 Jun 2026 – Perpustakaan USIM berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Islamic College of Melbourne sempena lawatan akademik mereka ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program yang dianjurkan oleh USIM Alamiyyah ini memberi peluang kepada delegasi untuk mengenali dengan lebih dekat kemudahan, perkhidmatan, koleksi serta ruang pembelajaran yang disediakan di Perpustakaan USIM. Kunjungan ini turut menjadi platform bagi perkongsian ilmu, pertukaran pengalaman serta pengukuhan jaringan dan hubungan antarabangsa. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta membuka peluang kepada kolaborasi dan perkongsian ilmu pada masa akan datang. 29 LAWATANAKADEMIK PELAJAR UITMREMBAU

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=