e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
SESI LATIHANAL-QAWIY AL-AMIN 1/2026 NILAI, 16 Jun 2026 – Warga kerja Perpustakaan USIM telah menyertai Sesi Latihan Al-Qawiy Al-Amin 1/2026 yang bertajuk “Hijrah Dalam Pekerjaan: Daripada Biasa Kepada Luar Biasa” yang disampaikan oleh Dr. Noornajihan Ja’afar. Sesi latihan ini memberikan perkongsian dan pandangan yang bermanfaat berkaitan pembangunan diri dan profesional, di samping menggalakkan para peserta untuk melakukan transformasi positif, memperkukuh etika kerja serta sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing- masing. Melalui sesi ini, para peserta turut didorong untuk menjadikan perubahan sebagai satu usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti diri, prestasi kerja dan sumbangan kepada organisasi. Semoga ilmu, inspirasi dan nilai yang diperoleh melalui sesi latihan ini dapat diterapkan dalam tugasan seharian serta menjadi pemangkin kepada warga Perpustakaan USIM untuk terus meningkatkan prestasi dan memberikan impak yang lebih besar kepada organisasi. 28 KAKITANGANPEPRUSTAKAANUSIMTERIMAANUGERAHDALAMMAJLIS ANUGERAHKECEMERLANGANDAN INOVASI (AKI) USIM2026 Perpustakaan USIM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga Perpustakaan USIM yang telah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dan sumbangan yang diberikan kepada universiti. Pengiktirafan ini merupakan cerminan dedikasi, komitmen dan kecemerlangan warga Perpustakaan USIM dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan. Tahniah dan syabas diucapkan! Semoga pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat dan pembakar motivasi untuk terus menabur bakti, mencurahkan tenaga serta memberikan sumbangan terbaik demi kecemerlangan USIM.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=